Aku rasa nak start study pagi ni tapi bila pegang buku, jadi ngantok balik..
Saturday, October 24, 2009
Ari-ari aku rasa rindu sangat-sangat kat family di kampung..asyik terbayang aje wajah ibu ayah yang tercinta..rasa nak balik aje kampung sebelum exam ni coz nak mintak restu dar diaorg..
Posted by mohd adnan at 12:48 PM 0 comments
Friday, October 16, 2009
UNTUK HARI ESOK
Esok pagi aku bercadang dengan si rumate aku mau pergi joging di bukit ekspo,sekarang ni kitaorang nak jaga kesihatan.. dalam tengah ari pulak nak buat pergambaran untuk vdeo claz multimedia dan petang nak pergi rumah Hajah Halimah di kajang Coz dia buat rumah terbuka..Jom
Posted by mohd adnan at 11:32 AM 0 comments
Posted by mohd adnan at 1:24 AM 0 comments
Kenangan terindah semasa di genting bersama sahabat.. nie first time aku sampai kat genting, rasa hepy sangat-sangat..
Posted by mohd adnan at 1:19 AM 0 comments
PESANAN UNTUK SAHABAT
Sajak Penjahat yang dirindui dibuat khas untuk sahabat-sahabatku yang suka merokok.. Pesananku tinggalkan rokok sekirannya anda semua sayangkan nyawa anda..
Posted by mohd adnan at 12:45 AM 0 comments
PENJAHAT YANG DIRINDUI
Wahai rokok kaulah perosak
Baumu menyekat kebebasan
Gelagamu merosakkan jantung
Pada awan berombak-rombak
Kau membakar wang
Harta banyak terbuang
Kejahatanmu diakui
Sebab itu kau diiklankan
Tentang “Bahaya merokok”
Engkau memendekkan umur
Tapi kau masih dirindui
Oleh segelintir manusia
Yang ingin menempah maut sebelum ajal
Nampaknya kaulah penjahat yang diperlukan
Oleh segolongan masyarakat
Yang cetek fikirannya
Sebab itulah kau sukar ditumpaskan
“Sayangilah Diri Anda”
“Jauhilah dan buanglah tabiat merokok”
“Setiap sedutan membawa padah”.
PKPK lah sendiri kawan-kawanku.
2 Mac 2009
Bilik 215, Blok Pintar, KPZ
Posted by mohd adnan at 12:37 AM 0 comments
Suka Duka Bersama Kekasih
LUKA SEORANG KEKASIH
Bisikkanlah kasihku
Erti tangisanmu
Tatkala melodi hati bernada meluah bicara
Menghakis segala luka di jiwa
Saat cinta kian membara
Walau badai kini melanda
Memisahkan insan pada zahirnya
Namun hati kita utuh bersama
Kau jernihkan kekeruhan lama
Kau penyuluh dikala derita
Kau tunjukkan jalan redha-Nya
Pendidikan hingga egoisku tiada
Detik merindu isi dunia
Rebahmu sujud tafakul pada-Nya
Itulah pegangganmu membuktikan setia
Cinta hakiki hanya pada-Nya
Dari terpana cuba kusulaminya
Layakkah kaca digandingkan permata
Sedangkan kaca rapuh dan pecah pula
Namun doamu kekal sentiasa
Hanya Tuhan pencipta segala
Pasrah dan redha atas ketentuan-Nya
Semoga kita akan disatukan jua
Sabarlah menunggu saat waktunya.
18 Februari 2009
Bilik 215, Blok Pintar, KPZ
Posted by mohd adnan at 12:26 AM 0 comments
Tuesday, October 6, 2009
HASIL NUKILAN
AKU TETAP AKU
Aku tetap aku
Ke mana ku jejak
Ke mana ku jelajahi
Ke mana ku terokai
Pendirianku tetap sama
Kejituanku tetap
Semangatku terkobar
Aku tetap aku
Biar dikecami 1000 fitnah
Biar diselubungi 1000 tohmah
Engkau takkan tahu
Citaku yang Satu
Akanku realisasikan
Menjadi realiti PASTI
Aku tetap aku
Engkau siapa
Menyangkal cintaku yang luhur
Mempersetankan dengan fitnah!!!
Memperdayakan dengan tohmah!!!
Akan aku tepis
Engkau ingin tahu
Engkau Tunggu.
Posted by mohd adnan at 11:22 AM 7 comments