BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, November 16, 2009

MERANTAU KE JOHOR SEKETIKA

Selepas tamat exam aku mengambil keputusan untuk merantau ke negeri johor buat seketika..Petang tadi aku bertolak dari UPM dalam pukul 3.30 p.m bersama rumateku. Sepanjang perjalanan dari UPM ke Johor rumateku menceritakan berbagai cerita sambil menikmati suasana yang cukup indah sekali sepanjang perjalanan itu..Aku dan ali singgah sebentar di restoran jejantas untuk melihat keunikan restoran tersebut.. Ternyata suasana diatas tersebuta amat berbeza sekali kerana kita boleh menikmati pemandangan lalu lintas sambil menjamu makanan kerana diatas jejantas tersebut terdapat pelbagai kedai seperti KFC,kedai kraftangan, kedai baju dan banyak lagi.. selepas itu, kami meneruskan perjalanan dalam suasana hujan rintik-rintik, dengan tiba-tiba kereta si Ali ni pancit la pulak..Aku dan ali terpakasa tukar tayar belakang yang pancit itu..Selepas itu, kami meneruskan perjalanan lagi dan pada pukul 6.30 p.m kami sampai di tol ayer hitam, aku menunggu ketibaan abangku untuk meneruskan perjalanan ke Kluang pulak.......................

0 comments: